Contoh Surat Rasmi Berhenti Belajar Kolej

CIKGU ONLINE – Jom kita lihat “Contoh Surat Rasmi Berhenti Belajar Kolej“. Surat rasmi untuk berhenti belajar di kolej adalah satu langkah yang perlu diambil oleh pelajar atau ibu bapa/penjaga apabila membuat keputusan untuk menghentikan pengajian di institusi pendidikan. Surat ini wajib ditulis dengan cara yang formal dan terperinci bagi memastikan segala urusan dapat diproses dengan lancar. Di sini, kami akan kongsikan contoh surat rasmi berhenti belajar di kolej yang lengkap dan boleh dijadikan rujukan.

Sekiranya anda sedang merancang untuk menghantar surat rasmi berhenti belajar di kolej, contoh di bawah ini mungkin dapat membantu anda dalam menyediakan surat tersebut. Mari kita lihat bagaimana surat rasmi ini disusun dengan lengkap.


Contoh Surat Rasmi Berhenti Belajar Kolej


Mohd Rizal Bin Abdul Ghani
7C Kampung Belibis,
Mukim Ayer Hangat,
07000 Langkawi, Kedah.

Pengarah
Kolej Vokasional Langkawi,
Jalan Batu Asah,
07000 Langkawi, Kedah.

Tarikh: 25 Julai 2022

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK BERHENTI DARI PENGAJIAN DI KOLEJ

Merujuk perkara di atas, saya Mohd Rizal Bin Abdul Ghani (750923-02-5875), bapa kepada pelajar yang bernama Fakhrusy Syakirin Bin Mohd Rizal (041003-02-0105) dari program Teknologi Elektrik, dengan ini memohon untuk berhenti dari pengajian di Kolej Vokasional Langkawi atas sebab-sebab tertentu.

  1. Saya berjanji tidak akan mengemukakan sebarang rayuan atau bantahan berhubung perkara di atas. Saya telah dimaklumkan dan dinasihati oleh Penasihat Akademik, Cikgu Izzuddeen, supaya menyambung pelajaran dalam program Diploma di kolej. Namun, saya telah membuat keputusan yang muktamad untuk berhenti dari pengajian di kolej. Saya juga berjanji akan menanggung semua risiko atas tindakan saya ini.
  2. Sekian sahaja untuk makluman dan tindakan pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Saya yang benar,
[Haslina Binti Omar]


Itulah “Contoh Surat Rasmi Berhenti Belajar Kolej“. Semoga contoh surat ini dapat memberi panduan yang jelas kepada ibu bapa atau penjaga yang ingin menghentikan pengajian anak atau jagaan mereka di kolej. Dengan penulisan surat yang lengkap dan kemas, segala urusan akan lebih mudah diuruskan dan pihak kolej akan menerima makluman secara rasmi mengenai keputusan tersebut.