Contoh Surat Kebenaran Ibu Bapa untuk Program Sekolah

Contoh Surat Kebenaran Ibu Bapa untuk Program Sekolah – Ini adalah contoh rasmi surat kebenaran yang biasanya diperlukan oleh pihak sekolah untuk mendapatkan persetujuan ibu bapa atau penjaga apabila pelajar ingin menyertai sesuatu program atau aktiviti anjuran sekolah. Surat ini bukan sahaja berfungsi sebagai bukti sokongan daripada ibu bapa, tetapi juga penting dalam aspek keselamatan dan komunikasi antara pihak sekolah dan keluarga pelajar.


Surat Kebenaran Ibu Bapa untuk Program Sekolah


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BELURAN
PETI SURAT 30, 90107 BELURAN
SANDAKAN, SABAH
E-mel: smkbeluran@gmail.com
Tel: 089-511259 | Faks: 089-512360

Kepada:
Pengetua,
SMK Beluran,
Sandakan.

Tuan,

KEBENARAN IBU BAPA/PENJAGA

Saya, selaku ibu/bapa/penjaga kepada pelajar SMK Beluran, Tingkatan _____, dengan ini:

MEMBENARKAN
TIDAK MEMBENARKAN

anak saya / anak di bawah jagaan saya untuk menyertai Kelas Intensif Prinsip Perakaunan SPM 2020 yang akan diadakan di SMK Beluran pada setiap hari Rabu, bertempat di Pondok PIBG, dari jam 1.00 tengah hari hingga 2.30 petang.

Saya difahamkan bahawa pihak sekolah telah memberikan penerangan berkenaan program ini dan akan mengambil langkah-langkah keselamatan serta pengawasan yang sewajarnya sepanjang aktiviti dijalankan.

Saya juga bersetuju untuk memaklumkan pihak sekolah sekiranya terdapat sebarang perubahan berkaitan kesihatan atau keadaan fizikal anak/jagaan saya sebelum tarikh program tersebut. Anak saya turut telah diberi penerangan bahawa segala peraturan dan arahan yang ditetapkan oleh pihak sekolah, jabatan pengelola, pegawai bertugas serta guru mentor hendaklah dipatuhi sepanjang program berlangsung demi keselamatannya.

Saya memberikan kebenaran kepada pihak jabatan pengelola, pegawai, guru atau wakilnya untuk memberikan apa-apa jua pertolongan cemas kepada anak saya sekiranya diperlukan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


(Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga)

Nama: _____________________
No. Kad Pengenalan: ________________
Tarikh: _____________________


Itulah “Surat Kebenaran Ibu Bapa untuk Program Sekolah“. Semoga contoh surat ini dapat membantu para ibu bapa, penjaga, dan pihak sekolah dalam memastikan komunikasi yang lancar serta persetujuan yang jelas berkaitan penglibatan pelajar dalam program-program pendidikan. Kepentingan keselamatan dan kebajikan pelajar perlu sentiasa diutamakan, dan surat sebegini memainkan peranan penting dalam memperkukuh tanggungjawab bersama antara sekolah dan keluarga.