Contoh Surat Amaran Pertama Kepada Pekerja

Contoh Surat Amaran Pertama Kepada Pekerja – Surat amaran pertama merupakan dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh pihak majikan untuk memberi amaran kepada pekerja yang melanggar peraturan syarikat. Tujuan utama surat ini adalah untuk memberi peringatan agar pekerja dapat memperbaiki kesalahan mereka dan mengelakkan tindakan yang lebih tegas pada masa depan. Surat ini bertindak sebagai langkah pertama dalam menangani masalah disiplin di tempat kerja.

Dalam sesebuah organisasi, surat amaran pertama adalah salah satu cara yang digunakan untuk memastikan pekerja mengekalkan disiplin yang baik. Selain itu, ia juga memberikan peluang kepada pekerja untuk memperbaiki diri sebelum sebarang tindakan lanjut diambil. Oleh itu, penting bagi pekerja untuk memahami kandungan surat ini dan mengambilnya dengan serius.

Surat Amaran Pertama Kepada Pekerja


Batik XYZ Sdn. Bhd.
04 November 1988

Nur Asilah Binti Ahmad
Puan,

PER : SURAT AMARAN PERTAMA
Surat ini dirujuk kepada mesyuarat tergempar yang diadakan pada 10 Oktober 1988 mengenai isu kelewatan anda. Menurut rekod yang ada, anda telah melanggar kod etika kerja yang telah ditetapkan oleh syarikat, iaitu:

  1. Kelewatan yang berulang tanpa alasan yang munasabah.

Oleh itu, pihak syarikat menasihatkan agar anda segera mematuhi peraturan masa tiba ke tempat kerja yang telah ditetapkan. Sekiranya kelewatan ini berterusan, tindakan yang lebih tegas seperti pemotongan gaji, tindakan tatatertib atau kemungkinan pemberhentian kerja akan diambil.

Sila pastikan anda tiba tepat pada waktunya di tempat kerja mulai sekarang. Pihak syarikat berharap agar anda dapat meningkatkan disiplin dan mengelakkan sebarang kesalahan yang boleh menjejaskan prestasi dan keharmonian tempat kerja.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
(Pengarah Urusan)


Itulah “Surat Amaran Pertama Kepada Pekerja“. Semoga surat ini dapat memberikan penjelasan yang jelas mengenai tindakan yang diambil oleh pihak syarikat dan juga memberi kesedaran kepada pekerja mengenai kepentingan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Diharapkan pekerja akan mengambil langkah pembetulan yang diperlukan untuk memastikan kejayaan bersama dalam organisasi.