Contoh Surat Rasmi Anak Sakit

Contoh Surat Rasmi Anak Sakit – Ini adalah contoh format surat rasmi yang digunakan oleh ibu bapa atau penjaga bagi memaklumkan ketidakhadiran anak ke sekolah atas sebab kesihatan atau penyakit. Dalam situasi harian, tidak dapat dinafikan bahawa anak-anak kadangkala mengalami masalah kesihatan yang menghalang mereka untuk hadir ke sekolah seperti biasa.

Surat rasmi ini penting bagi memastikan pihak sekolah dimaklumkan secara rasmi dan bertulis, sekali gus mengelakkan salah faham atau tuduhan ponteng sekolah. Ia juga mencerminkan keprihatinan ibu bapa terhadap tanggungjawab mereka dalam memastikan kerjasama yang baik dengan pihak sekolah.


Surat Rasmi Anak Sakit

Contoh 1: Anak Demam Panas (Tahun 2025)

Ahmad Bin Karim
No. 27, Jalan Permata 5,
Taman Permata,
56000 Kuala Lumpur.

15 Februari 2025

Guru Kelas Tahun 3 Zamrud,
Sekolah Kebangsaan Taman Permata,
56000 Kuala Lumpur.

Tuan/Puan,
TIDAK HADIR KE SEKOLAH KERANA DEMAM PANAS

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Saya, Ahmad Bin Karim, bapa kepada Nur Imanah Binti Ahmad, murid Tahun 3 Zamrud, ingin memaklumkan bahawa anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada 15 Februari 2025 kerana mengalami demam panas sejak malam semalam.
  2. Anak saya sedang mendapatkan rawatan di klinik dan dinasihatkan untuk berehat di rumah sehingga sembuh sepenuhnya.
  3. Saya akan memastikan anak saya melengkapkan segala kerja sekolah yang diberikan sepanjang ketidakhadirannya.
  4. Segala perhatian dan pertimbangan daripada pihak tuan/puan amat saya hargai dan dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang Benar,
…………………………………
(Ahmad Bin Karim)
No. Tel: 013-3456789


Contoh 2: Anak Sakit Perut (Tahun 2025)

Zarina Binti Hassan
No. 3, Lorong Mawar 7,
Taman Mawar,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

22 Mac 2025

Guru Tingkatan 1 Delima,
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Indah,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Tuan/Puan,
PER: TIDAK HADIR KE SEKOLAH KERANA MASALAH KESIHATAN

Merujuk kepada perkara di atas.

  1. Saya, Zarina Binti Hassan, ibu kepada murid bernama Muhammad Hakim Bin Zulkifli, dari Tingkatan 1 Delima, ingin memaklumkan bahawa anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada 22 Mac 2025 kerana mengalami sakit perut yang serius.
  2. Anak saya telah mendapatkan rawatan di klinik dan dinasihatkan oleh doktor untuk berehat di rumah bagi mengelakkan sebarang komplikasi.
  3. Sehubungan itu, saya memohon agar ketidakhadiran anak saya pada tarikh tersebut tidak dianggap sebagai ponteng sekolah.
  4. Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
…………………………………
(Zarina Binti Hassan)
No. Tel: 012-8765432


Itulah “Surat Rasmi Anak Sakit”. Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu bapa, penjaga, atau pelajar sendiri dalam menyediakan surat rasmi ketidakhadiran ke sekolah atas sebab kesihatan. Penulisan surat rasmi seperti ini bukan sahaja menunjukkan tanggungjawab terhadap pembelajaran anak-anak, tetapi juga memastikan komunikasi yang telus dan baik antara pihak sekolah dan ibu bapa. Ingatlah bahawa sebarang ketidakhadiran perlulah dimaklumkan secara bertulis bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau tindakan disiplin yang tidak wajar.