Contoh Surat Resign (Bahasa Melayu Malaysia dan Bahasa Inggeris)

Contoh Surat Resign (Bahasa Melayu Malaysia dan Bahasa Inggeris) – Ini adalah panduan lengkap bagi mereka yang sedang mencari contoh surat perletakan jawatan (resign) dalam bahasa Melayu Malaysia dan juga bahasa Inggeris. Surat resign merupakan dokumen rasmi yang perlu dihantar kepada pihak majikan apabila seseorang pekerja membuat keputusan untuk berhenti kerja, sama ada serta-merta, dalam tempoh notis 24 jam, atau notis sebulan.

Artikel ini akan menyajikan beberapa contoh surat resign yang sesuai dengan keperluan dan situasi berbeza. Setiap contoh surat ditulis mengikut format rasmi dan kemas, agar ia mudah difahami serta boleh dijadikan rujukan oleh sesiapa sahaja yang sedang merancang untuk meletakkan jawatan dalam tahun 2025.


Surat Resign (Bahasa Melayu Malaysia dan Bahasa Inggeris)

Contoh 1: Notis Perletakan Jawatan Serta Merta (Bahasa Melayu – Tahun 2025)

Nurul Ain Binti Zahid
Unit B-8, Blok B,
Rumah Pangsa Seri Kelana,
Kelana Jaya, 47300,
Selangor Darul Ehsan.

Ripple Roller Sdn Bhd
C-15, Menara Dagangan Jaya
Ara Damansara, 47100,
Selangor Darul Ehsan.

8 Julai 2025

Tuan/Puan,

NOTIS PERLETAKAN JAWATAN SERTA MERTA

Merujuk perkara di atas, adalah saya Nurul Ain Binti Zahid ingin memaklumkan kepada pihak tuan/puan bahawa saya ingin meletakkan jawatan saya daripada syarikat tuan berkuat kuasa serta merta pada hari ini 8 Julai 2025.

  1. Sebagai makluman pihak tuan/puan, saya membuat keputusan tersebut berikutan keadaan kesihatan ibu saya yang tidak mengizinkan untuk saya bekerja kerana perlu mengawasi serta menjaga ibu saya yang berada dalam kondisi yang tidak baik kerana diserang penyakit angin ahmar.
  2. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Ripple Roller Sdn Bhd serta seluruh rakan sekerja kerana telah banyak memberi peluang untuk meneruskan karier pekerjaan saya di sini. Di samping itu, saya amat gembira selama saya berkhidmat di sini.
  3. Segala kerjasama dan jasa baik dari pihak tuan amatlah saya hargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Yang Benar,


(Nurul Ain Binti Zahid)


Contoh 2: Immediate Resignation Letter (English – Year 2025)

Adrian Lim
No. 52, Jalan Jaya 3/7,
Taman Seraya Indah,
Kuala Lumpur, 56000.

GigaWorks Technologies Sdn Bhd
Level 10, Wisma Damansara,
Jalan Semantan,
50490 Kuala Lumpur.

2 February 2025

To: Mr. Raymond Chua
HR Manager
GigaWorks Technologies Sdn Bhd

Dear Mr. Chua,

IMMEDIATE RESIGNATION NOTICE

I am writing to formally resign from my position as Software Engineer at GigaWorks Technologies Sdn Bhd, effective immediately on 2 February 2025. Due to unforeseen personal matters, I am unable to continue with the standard notice period.

I sincerely apologize for any inconvenience caused and assure you that this decision was made after much thought. I am available to assist with any handover process that may help smoothen the transition, if required.

I would like to extend my heartfelt appreciation to the management and team at GigaWorks for their unwavering support throughout my tenure. It has truly been a valuable learning experience.

Please feel free to reach me at +6012-3456789 or adrianlim@email.com for any further matters.

Yours sincerely,


Adrian Lim


Itulah “Surat Resign (Bahasa Melayu Malaysia dan Bahasa Inggeris)”. Semoga perkongsian ini dapat menjadi panduan yang berguna kepada para pembaca yang ingin menyusun surat perletakan jawatan secara profesional dan sopan dalam kedua-dua bahasa. Penulisan surat resign yang jelas, ringkas, dan beretika amat penting untuk mengekalkan hubungan baik antara pekerja dan majikan walaupun setelah berakhirnya tempoh perkhidmatan. Pilih format dan gaya surat yang paling sesuai dengan situasi anda, dan semoga segala urusan anda selepas ini dipermudahkan serta berjaya dalam perjalanan kerjaya yang seterusnya.