Contoh Surat Cuti Sakit Sekolah Menengah

Contoh Surat Cuti Sakit Sekolah Menengah – Ini adalah contoh penulisan surat rasmi yang penting bagi murid sekolah menengah serta ibu bapa atau penjaga mereka. Surat seperti ini digunakan apabila pelajar tidak dapat hadir ke sekolah atas sebab kesihatan.

Menulis surat cuti sakit yang betul dan mengikut format rasmi amat penting agar pihak sekolah dapat memahami alasan ketidakhadiran dan tidak mengambil tindakan yang tidak wajar. Oleh itu, dalam artikel ini disediakan dua contoh surat cuti sakit sekolah menengah yang boleh dijadikan rujukan untuk tahun 2025.


Surat Cuti Sakit Sekolah Menengah


Contoh 1: Surat daripada ibu kepada guru kelas
No. 118, Jalan Pancur
Kampung Pancur
06400 Pokok Sena
Kedah

3 Januari 2025

Kepada:
Guru Kelas Tingkatan 2 Harmoni
SMK Pokok Sena
06400 Pokok Sena
Kedah

PER: SURAT RASMI TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN ANAK KE SEKOLAH

Saya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Saya, Ameedah E-Pong, ibu kepada murid bernama Muhammad Faizal bin Hashim dari kelas 2 Harmoni, ingin memaklumkan bahawa anak jagaan saya tidak dapat hadir ke sekolah pada tarikh 3 Januari 2025 kerana mengalami sakit perut yang memerlukan rehat di rumah.
  2. Sehubungan dengan itu, saya memohon agar pihak sekolah mengambil maklum dan tidak mengkategorikan ketidakhadiran anak saya pada tarikh tersebut sebagai kesalahan ponteng.

Sekian, terima kasih.

……………………………………
Yang benar,
Ameedah E-Pong
019-4182629


Contoh 2: Surat ditulis sendiri oleh murid kepada guru kelas
No. 7, Jalan Wira Jaya
Taman Cemerlang
11900 Bayan Baru
Pulau Pinang

17 Februari 2025

Kepada:
Guru Kelas Tingkatan 4 Maju
SMK Bayan Baru
11900 Bayan Baru
Pulau Pinang

PER: SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH

Saya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Saya, Nur Syafiqah binti Rahman, pelajar dari kelas 4 Maju, tidak dapat hadir ke sekolah pada tarikh 17 Februari 2025 kerana mengalami demam panas dan telah mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.
  2. Oleh itu, saya memohon pihak sekolah memaklumkan perkara ini kepada guru-guru subjek yang berkenaan dan tidak menandakan ketidakhadiran saya sebagai tanpa sebab.

Sekian, terima kasih.

……………………………………
Yang benar,
Nur Syafiqah binti Rahman
012-5567894


Itulah “Surat Cuti Sakit Sekolah Menengah”. Semoga dua contoh surat yang dikongsikan ini dapat menjadi rujukan berguna kepada ibu bapa, penjaga mahupun pelajar sendiri dalam menyusun ayat dan format surat rasmi yang betul. Surat seperti ini bukan sahaja mencerminkan tahap kesopanan dan tanggungjawab, malah membantu pihak sekolah memahami keadaan sebenar pelajar. Gunakan contoh ini sebagai panduan agar urusan surat menyurat berkaitan cuti sakit dapat dilakukan dengan lancar dan profesional.