Contoh Surat Pengesahan Majikan untuk Pekerja

Contoh Surat Pengesahan Majikan untuk Pekerja – Ini adalah salah satu dokumen rasmi yang penting bagi seseorang pekerja dalam pelbagai urusan seperti permohonan pinjaman, pembukaan akaun bank, pendaftaran anak ke sekolah dan sebagainya. Surat ini biasanya dikeluarkan oleh pihak majikan bagi mengesahkan status perkhidmatan pekerja di sesebuah organisasi atau institusi.

Kandungan surat ini mestilah ringkas tetapi lengkap, meliputi nama penuh pekerja, nombor kad pengenalan, jawatan, tarikh mula bekerja dan status jawatan. Pengesahan daripada pihak majikan ini memberikan keyakinan kepada pihak ketiga tentang kesahihan maklumat yang diberikan oleh pekerja tersebut. Berikut merupakan dua contoh Surat Pengesahan Majikan untuk Pekerja bagi tahun 2025.


Surat Pengesahan Majikan untuk Pekerja

Contoh 1: Pekerja dalam sektor pendidikan

SEKOLAH KEBANGSAAN SELAT BAGAN NYIOR
Pulau Bayang Bunting
1000 Langkawi
Kedah Darul Aman
Tel/Faks: 04-5661888
Email: shabulangkawi@mail.im

Tarikh: 5 Februari 2025

Kepada yang berkenaan,

SURAT PENGESAHAN MAJIKAN UNTUK PEKERJA

Saya dengan ini mengesahkan bahawa:

Nama Pekerja: ZAINUZI BIN DESA
No. Kad Pengenalan: 210101-71-0084
Jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41
Tarikh Mula Bertugas: 1 Ogos 2006
Tarikh Sah Jawatan: 1 Ogos 2007
Status Jawatan: Tetap
Tempat Bertugas: Sekolah Kebangsaan Selat Bagan Nyior
Umur: 43 Tahun
Status Perkahwinan: Berkahwin

Pekerja ini masih berkhidmat dengan jabatan ini sehingga tarikh surat ini dikeluarkan. Surat ini dikeluarkan atas permintaan beliau bagi tujuan rasmi.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
(Tandatangan)
PN. RAHIMAH BINTI HASSAN
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Selat Bagan Nyior


Contoh 2: Pekerja dalam sektor swasta

SYARIKAT PERNIAGAAN INDAH MAJU SDN. BHD.
Lot 28, Kawasan Perindustrian Ringan
Jalan Teknologi, 81300 Skudai
Johor Darul Ta’zim
Tel: 07-5556789 | Emel: admin@indahmaju.com.my

Tarikh: 10 April 2025

Kepada yang berkenaan,

SURAT PENGESAHAN MAJIKAN UNTUK PEKERJA

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Kami dengan ini mengesahkan bahawa individu berikut adalah pekerja tetap di syarikat kami:

Nama Pekerja: NURUL AIN BINTI MAZLAN
No. Kad Pengenalan: 900312-06-4433
Jawatan: Pegawai Kewangan
Tarikh Mula Bertugas: 3 Januari 2020
Status Jawatan: Tetap dan Sepenuh Masa
Gaji Pokok Bulanan: RM3,200.00

Beliau masih dalam perkhidmatan dan menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan. Surat ini dikeluarkan atas permintaan beliau bagi tujuan rasmi seperti yang dimaklumkan kepada kami.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
(Tandatangan)
EN. MUHAMMAD HAFIZ BIN ZAINAL
Pengurus Sumber Manusia
Syarikat Perniagaan Indah Maju Sdn. Bhd.


Itulah “Surat Pengesahan Majikan untuk Pekerja”. Semoga dua contoh surat ini dapat membantu anda menyediakan dokumen yang tepat dan sah apabila diperlukan. Surat pengesahan seperti ini bukan sahaja menjadi bukti kukuh perkhidmatan seseorang pekerja, malah memudahkan pelbagai urusan rasmi yang melibatkan institusi kewangan, pendidikan atau pihak berkuasa. Penting bagi pihak majikan memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat dan terkini agar tidak timbul sebarang kekeliruan pada masa akan datang.