CIKGU ONLINE – Jom kita lihat “Contoh Resume Kerja Pasaraya“. Resume merupakan dokumen penting bagi setiap individu yang mencari pekerjaan. Resume yang kemas, padat, dan teratur bukan sahaja mencerminkan keperibadian calon tetapi juga memberikan kesan pertama yang positif kepada bakal majikan.
Artikel kali ini menyediakan contoh resume yang sesuai untuk memohon kerja di pasaraya. Contoh ini boleh dijadikan panduan untuk menghasilkan resume anda sendiri, dengan memasukkan maklumat yang relevan dan menarik perhatian.
Contoh Resume Kerja Pasaraya
MAZWAN BIN KASMAN
Alamat Surat-Menyurat: D/A Sareza bin Lika, No.15, Blok 01, Felda Sahabat 02, Anjung Teduh, 91150 Cenderawasih, Lahad Datu, Sabah.
Alamat Tetap: Felda Sahabat 02, Lahad Datu, Sabah.
No. Telefon: 013-5412861
OBJEKTIF
Mencari sebarang pekerjaan yang boleh menjamin masa depan di samping membantu menambahkan pendapatan keluarga serta menimba pengalaman.
BUTIR-BUTIR PERIBADI
Nama Penuh: Mazwan bin Kasman
Jantina: Lelaki
Status: Berkahwin
No. K/P: 870212-49-5965
Alamat: Felda Sahabat 02, Lahad Datu
Tarikh Lahir: 12-02-1987
Tempat Lahir: Kg. Air, Semporna
Bangsa: Bajau
Agama: Islam
Warganegara: Malaysia
PENDIDIKAN
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Giatmara Cawangan Semporna, Sabah (Jul-Dis 2007).
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), SMK Balung, Tawau (2005).
- Penilaian Menengah Rendah (PMR), SMK Datuk Panglima Abdullah, Semporna (2002).
- Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), SRK Simunul, Semporna (1999).
AKTIVITI
- Program Pembentukan Usahawan Teknikal, Giatmara Negeri Sabah (06 Jan-15 Jan 2008).
- Latihan Intensif Pengurusan & Penyediaan Rancangan Perniagaan, Giatmara Semporna, Sabah (2008).
- Latihan Industri (Praktikal), Majlis Daerah Semporna, Sabah (07 Okt 2008-07 Mac 2009).
PENGALAMAN BEKERJA
- Juruwang (Cashier), Pasaraya Carrefour Mid Valley, Kuala Lumpur (2010-2011).
- Pengawal Keselamatan, Kilang Eko Pulp & Paper TSH, Tawau (Jan-Ogos 2012).
KEMAHIRAN BAHASA
- Bahasa Melayu: Bercakap (Sangat Baik), Menulis (Sangat Baik).
- Bahasa Inggeris: Bercakap (Sederhana), Menulis (Sederhana).
RUJUKAN
- Shareza Bin Lika
No.15, Blok 01, Felda Sahabat 02, Anjung Teduh, 91150 Cenderawasih, Lahad Datu, Sabah.
No. Tel: 019-8821404 - Bilih Bin Hj Abd Raup
S.K Terusan Tengah, P/S 135, 91308 Semporna, Sabah.
No. Tel: 013-5525449
Itulah “Contoh Resume Kerja Pasaraya“. Semoga contoh ini dapat membantu anda menghasilkan resume yang lengkap dan profesional. Dengan resume yang teratur, peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang diingini akan menjadi lebih cerah. Jangan lupa untuk mengemas kini resume anda secara berkala supaya ia sentiasa relevan dengan pengalaman dan kemahiran terkini. Semoga berjaya!
