Contoh Surat Rasmi Akuan Sumpah

CIKGU ONLINE – Jom kita lihat “Contoh Surat Rasmi Akuan Sumpah“. Surat akuan sumpah merupakan dokumen yang digunakan untuk menyatakan pengakuan secara sah di hadapan pihak yang berkuasa. Biasanya, surat ini digunakan dalam situasi perundangan untuk membuktikan sesuatu perkara yang dilakukan dengan ikhlas dan tanpa paksaan. Pada kali ini, kita akan mengupas contoh surat rasmi akuan sumpah yang berkaitan dengan penyerahan hak penjagaan anak.

Surat akuan sumpah adalah dokumen yang sangat penting dalam urusan perundangan kerana ia memberikan kesahihan kepada pengakuan yang dibuat oleh pihak yang terlibat. Terdapat beberapa ketetapan yang perlu dipatuhi dalam surat ini untuk memastikan prosesnya sah di sisi undang-undang. Mari kita lihat contoh lengkap surat akuan sumpah di bawah ini:


Contoh Surat Rasmi Akuan Sumpah


SURAT AKUAN SUMPAH

Saya pihak pertama ______________________ no. K/P: _____________________ yang beralamat di ____________________________, dengan sesungguhnya dan suci hati mengaku bahawa saya adalah:
A) Bapa kepada kanak-kanak
B) Ibu kepada kanak-kanak

Dengan ini mengaku bahawa saya telah memberi hak penjagaan anak ____________ saya yang bernama ____________________ yang lahir pada _________________ di ___________________ kepada pihak kedua ____________________ no. K/P: _________________________ serta isteri ________________________ no. K/P: ______________________ yang beralamat di _______________________ dengan mengambil kira ketetapan-ketetapan yang berikut:

  • Saya menyerahkan sepenuhnya hak penjagaan anak saya kepada pihak kedua
  • Saya tidak boleh menuntut apa-apa daripada pihak kedua setelah anak saya di bawah jagaan pihak kedua melainkan ihsan dari pihak kedua.
  • Sekiranya saya melanggar mana-mana ketetapan-ketetapan yang telah dipersetujui ini, pihak kedua berhak mengambil apa-apa tindakan terhadap saya.

Saya akui penyerahan hak penjagaan anak saya dilakukan dalam keadaan sedar, tidak dipengaruhi oleh sesiapa dan saya memahami ketetapan-ketetapan yang terdapat dalam surat akuan sumpah ini.

Dihadapan saya,


(Tandatangan & Cop Yang Dipertua Mahkamah/ Pesuruhjaya Sumpah)

Pihak pertama : _________________________
( )
Pihak pertama : _________________________
( )


Itulah “Contoh Surat Rasmi Akuan Sumpah“. Semoga contoh ini dapat memberi panduan yang jelas mengenai cara penulisan surat akuan sumpah yang sah di sisi undang-undang. Surat ini penting untuk memastikan segala ketetapan yang dibuat antara pihak-pihak yang terlibat dapat dilaksanakan dengan adil dan mengikut peraturan yang telah dipersetujui.