CIKGU ONLINE – Jom kita pelajari bersama contoh dokumen penting yang sering digunakan dalam kehidupan harian, iaitu “Contoh Surat Perjanjian Sewa Tanah“. Artikel ini akan membantu anda memahami isi kandungan perjanjian ini dengan lebih jelas dan tepat. Surat perjanjian ini sangat penting untuk memastikan kesepakatan yang telus antara pemilik dan penyewa tanah.
Surat perjanjian seperti ini biasanya merangkumi syarat-syarat serta tanggungjawab yang dipersetujui kedua-dua pihak. Berikut adalah contoh lengkap Surat Perjanjian Sewa Tanah yang boleh dijadikan rujukan.
Contoh Surat Perjanjian Sewa Tanah
PERJANJIAN KEBENARAN/SEWAAN TANAH
PERJANJIAN INI dibuat DI ANTARA …………………………………………… NO. K/P: ……………………. yang beralamat di ………………………………… sebagai pihak pertama (Selepas daripada ini dirujuk sebagai “Pemilik”)
DENGAN
……………………………………….. NO. K/P: ………………………..yang beralamat di …………………………………….. sebagai pihak kedua. (Selepas daripada ini dirujuk sebagai “Pengusaha”).
Dengan ini menerangkan bahawa PEMILIK adalah pemilik sah tanah yang terletak di LOT ………………………….. MUKIM ………………… dengan keluasan ………………. HEKTAR (Selepas daripada ini dirujuk sebagai “Tanah Tersebut”) bersetuju untuk memberi kebenaran/sewaan tanah tersebut kepada Pengusaha berdasarkan syarat-syarat seperti berikut:
Syarat-Syarat Perjanjian
- Pemilik memberi dan Pengusaha menerima kebenaran/sewaan tanah tersebut selagi perjanjian operasi PTS/DPS/DPL tidak terbatal. Kadar sewaan ………………. (jika berkaitan) dipersetujui antara pemilik dan pengusaha.
- Dalam tempoh perjanjian, Pengusaha mempunyai kuasa dan hak menguruskan tanah tersebut dengan perbelanjaan yang ditanggung sendiri oleh Pengusaha termasuk bil utiliti iaitu elektrik, air, infrastruktur, dan apa-apa sahaja bayaran berkaitan.
- Pengusaha mempunyai kuasa dan hak untuk membuat penambahan atau pengubahsuaian ke atas premis tersebut dengan persetujuan Pemilik dan perbelanjaan ditanggung sendiri oleh Pengusaha.
- Pengusaha bertanggungjawab untuk membersihkan dan melindungi tanah tersebut sepanjang tempoh perjanjian dengan perbelanjaan yang ditanggung sendiri oleh Pengusaha.
- Segala hasil dan pendapatan yang dihasilkan dan diusahakan oleh Pengusaha dari tanah tersebut sepanjang tempoh perjanjian menjadi hak dan kepunyaan Pengusaha.
- Jika Pemilik ingin menamatkan perjanjian ini sebelum tamatnya tempoh berkenaan, Pemilik mesti memberi notis secara bertulis kepada Pengusaha yang menyatakan tentang niatnya itu, dan notis tersebut akan berkuat kuasa dalam tempoh 90 hari dari tarikh notis tersebut.
- Sekiranya perjanjian ini ditamatkan oleh Pengusaha menurut fasal 6 atau sebab-sebab lain yang berpunca dari kegagalan Pemilik, Pemilik adalah bertanggungjawab membayar balik segala perbelanjaan dan kerugian yang dialami oleh Pengusaha akibat dari penamatan perjanjian ini dengan jumlah yang akan ditafsirkan oleh kedua-dua belah pihak.
- Jika Pengusaha ingin menamatkan perjanjian ini sebelum tamatnya tempoh berkenaan, Pengusaha mesti memberi notis secara bertulis kepada Pemilik yang menyatakan tentang niatnya itu, dan notis tersebut akan berkuat kuasa dalam tempoh 90 hari dari tarikh notis tersebut.
- Sekiranya perjanjian ini ditamatkan oleh Pemilik menurut fasal 8 atau sebab-sebab lain yang berpunca dari kegagalan Pengusaha, Pengusaha adalah bertanggungjawab membayar balik segala perbelanjaan dan kerugian yang dialami oleh Pemilik akibat dari penamatan perjanjian ini dengan jumlah yang akan ditafsirkan oleh kedua-dua belah pihak.
- Bayaran cukai setem, bayaran guaman, dan lain-lain perbelanjaan penyediaan perjanjian ini akan dibayar oleh Pengusaha.
SEBAGAI MENYAKSIKAN PERJANJIAN INI, pihak-pihak yang tersebut dalam perjanjian ini bersetuju menurunkan tandatangan mereka di sini pada haribulan dan tahun seperti yang dinyatakan untuk mematuhi segala syarat dan terma perjanjian kebenaran/sewaan ini.
PEMILIK TANAH
……………………………
Nama: ………………………………
Tarikh: ……………….
PENGUSAHA TANAH
……………………………
Nama: ………………………………
Tarikh: ……………….
SAKSI
……………………………
Nama: ………………………………
Tarikh: ……………….
……………………………
Nama: ………………………………
Tarikh: ……………….
Itulah “Contoh Surat Perjanjian Sewa Tanah” yang boleh anda gunakan sebagai rujukan untuk urusan penyewaan tanah secara rasmi. Dengan adanya dokumen ini, hak dan tanggungjawab kedua-dua pihak dapat dijelaskan dengan baik, sekali gus mengelakkan perselisihan di masa hadapan. Semoga artikel ini bermanfaat dan memudahkan urusan perjanjian tanah anda!
