CIKGU ONLINE – Jom kita lihat “Contoh Surat Rasmi Aduan Keracunan Makanan“. Surat rasmi adalah medium yang sering digunakan untuk menyampaikan aduan, permohonan, atau sebarang makluman rasmi kepada pihak berkenaan. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi contoh surat aduan berkaitan kes keracunan makanan yang berlaku di kantin sekolah. Surat rasmi ini bukan sahaja memberikan penerangan terperinci mengenai kejadian, tetapi juga menunjukkan bagaimana aduan boleh disampaikan secara profesional.
Menulis surat rasmi aduan keracunan makanan memerlukan elemen yang lengkap dan jelas bagi memastikan mesej disampaikan dengan tepat. Berikut adalah Contoh Surat Rasmi Aduan Keracunan Makanan yang boleh dijadikan rujukan. Surat ini menggambarkan bagaimana anda boleh menyusun maklumat dengan teratur dan padat agar pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan dengan segera.
Contoh Surat Rasmi
Aduan Keracunan Makanan
Azzafrul Amin Bin Amiruddin
PL 189285, Jin Chepor Indah 51
RPT Chepor Indah
31200, Chemor, Perak
30 Oktober 2020
Guru Besar
SK Chepor
31200 Chemor, Perak
Puan,
ADUAN MASALAH KERACUNAN MAKANAN
Merujuk kepada perkara di atas, saya selaku ayah kepada anak saya, Qaisara Azzalva Bi Azzafrul Amin dari kelas 4 Aktif, ingin membuat aduan mengenai masalah keracunan makanan yang berlaku pada anak saya baru-baru ini.
- Untuk makluman puan, pada 27 Oktober yang lalu, anak saya telah makan di kantin SK Chepor semasa waktu rehat tahun empat antara jam 9.30 pagi hingga 10.30 pagi. Pada masa tersebut, anak saya telah memesan dan memakan nasi goreng yang dijual di kantin sekolah.
- Sebaik sahaja selesai makan nasi goreng tersebut, anak saya mula mengalami simptom muntah dan kelemahan badan sehingga waktu malam. Saya mendapati ada butir-butir nasi yang tertinggal dalam muntah anak saya dan mengesyaki nasi goreng yang dimakan adalah punca kejadian tersebut, kerana anak saya hanya makan nasi sekali pada hari tersebut. Anak saya turut mengadu nasi goreng yang dimakan agak lembik dan basi. Kejadian ini menyebabkan anak saya takut untuk makan di kantin dan kini hanya membawa bekalan makanan dari rumah.
- Saya amat kecewa dengan tahap kebersihan dan pengurusan kantin yang kurang memuaskan. Oleh itu, saya berharap pihak puan akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pihak kantin SK Chepor untuk mengelakkan insiden serupa berlaku pada masa akan datang. Kerjasama dari pihak puan amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
(Azzafrul Amin Bin Amiruddin)
Itulah “Contoh Surat Rasmi Aduan Keracunan Makanan“. Semoga contoh surat ini memberikan panduan yang berguna untuk anda menulis surat aduan yang lengkap dan berkesan. Jangan lupa untuk memastikan semua maklumat yang disampaikan adalah tepat dan jelas, agar aduan dapat ditangani dengan segera oleh pihak yang berkenaan. Dengan cara ini, kita dapat membantu meningkatkan mutu perkhidmatan dan keselamatan di sekolah atau tempat awam lainnya.
