Contoh Surat Rasmi Aduan Longkang Tersumbat

CIKGU ONLINE – Jom kita lihat “Contoh Surat Rasmi Aduan Longkang Tersumbat“. Masalah longkang tersumbat adalah isu yang sering berlaku di kawasan perumahan dan boleh menyebabkan pelbagai kesulitan kepada penduduk setempat, terutamanya apabila air bertakung dan menyebabkan banjir kilat. Surat rasmi aduan adalah cara yang tepat untuk menyampaikan masalah ini kepada pihak berkuasa seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau pihak berkenaan untuk tindakan segera. Dalam artikel ini, kami akan menunjukkan Contoh Surat Rasmi Aduan Longkang Tersumbat yang dapat membantu anda menulis surat aduan yang jelas dan berkesan.

Menulis surat rasmi bagi aduan masalah longkang tersumbat perlu memastikan butiran yang relevan disertakan, termasuk butiran lokasi kejadian, sejarah masalah, dan tindakan yang telah diambil sebelum ini. Berikut adalah Contoh Surat Rasmi Aduan Longkang Tersumbat yang boleh dijadikan panduan untuk membuat aduan dengan cara yang teratur dan profesional.


Contoh Surat Rasmi
Aduan Longkang Tersumbat


Mohd Syazwan Bin Ahmad Syawal
No. 8, Jalan 34, Selayang Baru
68100 Batu Caves, Selangor

16 Ogos 2017

Tuan Jumari Bin Talip
Pengerusi JKKK Selayang Baru
750 Kompleks JKKK, Jalan Besar
Selayang Baru, 68100 Batu Caves

Tuan,

ADUAN LONGKANG TERSUMBAT

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuki.

  1. Saya, seperti nama dan alamat di atas, ingin membuat aduan bahawa terdapat longkang tersumbat di hadapan dua buah rumah (No. 4 & No. 6, Jalan 34, Selayang Baru) yang menyebabkan air longkang bertakung di hadapan rumah saya.
  2. Untuk pengetahuan pihak tuan, kontraktor yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah datang sebanyak dua kali dan mencuci tempat kejadian tetapi masalah yang sama tetap timbul kembali. Menurut kontraktor tersebut, punca utama masalah ini ialah jarak longkang tertutup yang panjang (25 kaki) di antara kedua unit rumah tersebut (No. 4 & No. 6, Jalan 34, Selayang Baru) dan ini menyukarkan mereka untuk membuat kerja-kerja pembersihan tersebut. Hanya halangan-halangan kecil sahaja yang dapat dibersihkan manakala halangan-halangan besar kekal di situ.
  3. Bersama ini saya lampirkan surat maklumbalas dari pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk rujukan pihak tuan.
  4. Besarlah harapan saya agar aduan ini mendapat perhatian pihak tuan. Kerjasama dan pertolongan daripada pihak tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,
……………………………………
(MOHD SYAZWAN BIN AHMAD SYAWAL)
860517-38-6891


Itulah “Contoh Surat Rasmi Aduan Longkang Tersumbat“. Semoga contoh surat ini memberi anda panduan dalam menyampaikan aduan dengan cara yang berkesan dan profesional. Apabila menulis surat rasmi aduan, pastikan maklumat yang disampaikan adalah tepat, jelas, dan teratur bagi memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya. Dengan berbuat demikian, masalah seperti longkang tersumbat dapat diselesaikan dengan cepat dan efisien demi keselesaan bersama.